An-Nisa, dari Ayat 41~50
41. Lantaran itu, bagaimanakah
hebat keadaan nanti apabila kamu bawa kan seorang penyaksi dari taip-tiap umat
dan manusia bawakan mu sebagai penyaksi atas
mereka itu ?.
42. Pada hari itu, mereka
yang kufur dan derhaka kepada Rasul, suka kalau mereka disamakan dengan bumi,
kerana tak dapat mereka menyembunyikan daripada Allah satu pun perkataan.
43. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu hampir kepada sembahayang pada hal kamu sedang mabuk,
hingga kamu tahu apa yang kamu katakan,
dan jangan kamu hampiri kepada tempat sembahayang pada hal kamu junub, kecuali
orang-orang yang melalui nya, hingga kamu mandi, dan jika kamu sakit atau
didalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari tempat buang air,
atau kamu sentuh perempuan-perempuan, sedang kamu tak dapat air, maka hendaklah kamu sapu muka-muka kamu dan
tangan-tangan kamu, kerana sesungguhnya
adalah Allah itu pemudah, pengampun.
44. Tidak kah engkau
perhatikan orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab itu memilih kesesatan, dan mereka ingin supaya kamu sesat dari
jalan yang benar.
45. Tetapi Allah terlebih
mengetahui musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai pengawal dan cukuplah
Allah sebagai penolong.
46. Sebahagian daripada mereka
yang jadi Yahudi itu mengubah kalimah-kalimah daripada tempat-tempat nya, dan
mereka berkata; “kami dengar, tetapi kami derhaka, dan dengar lah ! pada hal
engkau tidak didengar, dan ‘memperhatikan’,
“ kerana mereka memutar lidah-lidah mereka dan mencela agama, pada hal jika
mereka berkata; “kami dengar dan kami taat, dan dengarlah dan ‘perhatikan’,” nescaya adalah lebih baik buat mereka dan
lebih lurus, tetapi Allah telah laknatkan mereka dengan sebab kekufuran mereka.
Lantaran itu, tidak ada yang beriman dari mereka melainkan sedikit.
47. Hai orang-oang yang
diberi kitab ! berimanlah kepada apa yang kami telah turunkan, yang mana
menyetujui apa yang ada pada kamu, sebelum kami hapuskan muka-muka, lalu kami
palingkan dia kebalakang nya, atau kami laknat mereka sebagaimana kamu laknati
‘maksiat’, kerana adalah perintah Allah itu akan dikerjakan.
48. Sesungguhnya Allah tidak
akan mengampuni yang ia disekutui, tetapi ia akan mengampuni selain dari itu
bagi siapa yang ia kehendaki, dan barang siapa sekutukan Allah, maka sesungguh nya ia telah membuat
satu dosa yang besar.
49. Tidak kah engkau lihat kebodohan
orang-orang yang membersihkan diri-diri nya ? bahkan Allah akan bersihkan
siapa-siapa yang ia kehendaki, dan mereka tidak akan dianyanyai walau pun
sedikit.
50. Lihatlah bagaimana
mereka membuat dusta atas nama Allah ! pada hal cukuplah yang demikian itu jadi
satu dosa yang nyata.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/ownerpets/3/1
[] https://sites.google.com/site/ownerpets/3/1
Following Twitter,
No comments:
Post a Comment